Wednesday, September 1, 2010

Sentimental Value

Sajak ini aku ambil dari sebuah novel , entah betul atau tidak susunan ayat2nya kerana aku pun dah ingat-ingat lupa.Tapi  aku minat sangat dengan bait-baitnya..begitu menyentuh perasaan aku..

(DI BENING SINAR MATAMU)

Di bening sinar matamu
Ku lihat kasih berbunga rindu
Menyelimuti rahsia diri
Pada sebuah pelabuhan kehidupan yang murni
Maafkan aku sayang
Kiranya harapanmu kandas
Untukku jadikan kenyataan
Aku tidak berdaya melawan takdir
Aku terpaksa pergi sayang
Mencari sebuah kebahagiaan
Yang tidak dapat ku berikan padamu
Ku cuba menoleh kembali
Pada hari-hari yang pergi
Hari-hari yang kelam dan suram
Ada luka dan airmata
Mengalir dan menitis
Mengiringi perjalanan hidupku
Ku tahu kau masih menyayangi diriku
Dengan jalinan cinta yang tak pernah layu
Persis uda sayangkan dara
Persis majnun sayangkan laila
Persis romeo sayangkan juliet
Tapi sayang malang takdir melarang kita
Memupuk cinta syahdu
Bersua di setiap waktu
Menghilangkan rasa rindu
Dan kini kau pergi
Membawa hati yang lara
Meninggalkan aku dimamah derita
Dan berendam airmata
Ku cuba menoleh ke depan
Pada hari-hari yang mendatang
Tetapi ianya kelam
Ianya suram
Ku mohon padamu tuhan
Memberi rahmat dan keberkatan
Untukku meneruskan perjalanan
Biarpun terpaksa hidup bersendirian

Saturday, August 14, 2010

Apa-Apa Je...

Pernah tak korang rasa frust dengan keadaan yang berlaku di sekeliling korang? Tak kira lah bab kerja ke, bab rumahtangga ke, bab anak2 dan sebagainya. Memang kita sedia maklum itulah rentetan kehidupan yang terpaksa kita lalui tapi sesungguhnya keadaan kita berbeza2, aku ni kadang2 rasa cam nak lari jauh je..jauh dari semua ini.. dalam kehidupan ini kita sentiasa diuji tapi kadang2 ujian tu tak tertanggung, boleh sewel dibuatnya..kadang2 rasa cam nak tumbuk orang pun ada..err..boleh ke gitu?? hehe..